
Tatkala sektor pertanian sedang bergelut dengan cabaran seperti perubahan iklim dan kenaikan harga input pertanian, terdapat juga peluang di sebalik cabaran tersebut. Ini boleh disaksikan daripada penambahbaikan teknologi pertanian pintar yang telah membantu usahawan tani mencapai penjimatan yang lebih besar, hasil yang lebih baik dan operasi yang lebih cekap.
Dalam Kursus ke-5, kita akan mengikuti kisah kejayaan tiga orang usahawan tani dalam meneroka cabaran dan peluang dalam sektor tanaman, akuakultur dan ternakan.
Sepanjang kursus ini, peserta akan mempelajari:
- Perjalanan dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan tanaman, akuakultur atau ternakan
- Bagaimana usahawan tani ini mengatasi cabaran termasuk proses peralihan kepada penggunaan teknologi pertanian pintar.
- Penambahbaikan yang dialami oleh usahawan tani selepas mengamalkan pertanian pintar dan pendigitalan serta persiapan yang perlu dipertimbangkan untuk menghadapi cabaran
- Nasihat praktikal untuk petani yang perlu dipertimbangkan apabila mengamalkan pertanian pintar.
- Pandangan tentang cara pertanian pintar yang boleh merevolusikan amalan pertanian dan meningkatkan pengurusan ladang secara keseluruhan.
Masa yang disyorkan untuk melengkapkan kursus: 1.5 ke 2 jam
- Manager: Administrator MyLatih
Skill Level: Beginner