Selamat datang! Kursus ini akan memberikan pengenalan dan pandangan praktikal tentang amalan penting dalam pengurusan tanaman, akuakultur dan penternakan yang baik. Kursus ini dibahagikan kepada tiga subtopik:
- Asas pengurusan ladang tanaman
- Asas pengurusan ladang akuakultur
- Asas pengurusan ladang ternakan
Pada akhir kursus ini, peserta akan:
- Mempelajari perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih jenis tanaman, akuakultur dan ternakan mengikut situasi, sumber dan matlamat seperti keluasan tanah, pulangan pelaburan, komitmen masa dan permintaan pasaran
- Mengenalpasti impak pengurusan ladang yang baik dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti tuaian atau hasil serta keuntungan perniagaan
- Berupaya untuk menangani dan mengurangkan risiko seperti perosak, penyakit dan kematian yang mungkin akan memberi kesan kepada produktiviti ladang
- Mengenali beberapa contoh teknologi pertanian pintar yang boleh membantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta mengurangkan risiko yang tinggi dan kecuaian manusia
Masa yang disyorkan untuk melengkapkan kursus: 1.5 ke 2 jam
- Manager: Administrator MyLatih
Skill Level: Beginner