Mata pencarian dan kesejahteraan petani berkait rapat dengan alam sekitar. Cuaca ekstrim yang disebabkan oleh perubahan iklim membawa ancaman yang hebat kepada kehidupan seharian dan keadaan ladang.
Amalan pertanian yang selamat dan mampan bukan sahaja dapat melindungi petani dan menarik minat pelanggan, tetapi juga mengurangkan kesan ekologi pertanian terhadap alam sekitar. Ini juga dapat membantu mengurangkan ancaman alam sekitar terhadap ladang yang akhirnya akan memberikan faedah kepada petani.
Kursus ini menerangkan bagaimana petani boleh mengurangkan kemudaratan yang disebabkan oleh amalan pertanian tertentu ke atas diri sendiri, pelanggan dan alam sekitar. Ia juga menerangkan tentang sijil yang boleh diperolehi oleh petani sebagai pengiktirafan kepakaran dalam kemampanan. Kursus ini dibahagikan kepada tiga subtopik:
- Mengapa anda perlu melindungi ladang anda?
- Amalan Pertanian yang Baik dan Mampan
- Permohonan sijil lestari
Dalam kursus ini, peserta akan belajar:
- Bagaimana amalan tidak selamat memberi kesan kepada petani seperti penggunaan racun perosak dan bahan kimia yang salah.
- Kesan pertanian tidak mampan terhadap alam sekitar, kesihatan manusia dan keuntungan ladang.
- Strategi untuk mengatasi masalah perosak, penggunaan tenaga yang boleh diperbaharu untuk operasi ladang dan pengurusan sisa ternakan dan penyakit.
- Kepentingan pensijilan lestari seperti myGAP dan myOrganic untuk perkembangan perniagaan dan eksport dan cara menyediakan ladang untuk pensijilan.
Masa yang disyorkan untuk melengkapkan kursus: 1.5 ke 2 jam
- Manager: Administrator MyLatih